Tuesday, 26 February 2013

Stick Waffle dengan inti Cadbury Choco


As Salam semua pembace blog yg dirahmati Allah ^__^


Mempersembahkan projek Ananaifa yg keempat.. ^___^

Stick Waffle berintikan Cadbury Choco nyum nyum!!

Ini Stick Waffle berintikan Cadbury Choco yang panas panas baru klua dari Waffle maker nye ^__^



Kepingan kepingan Cadbury Choco yg kecik kecik tu.. disusun susun atas Waffle batter yang telah dicurah ke dalam acuan Waffle maker tu.... so bila Stick Waffle siap dimasak, jadi lah gini rupa paras dalaman dia.. *wink*


Ini pulak selepas disirami Gourmet Chocolate Sauce... ish betape lemak berkrimnye Stick Waffle ni kan... dalam cadbury Choco.. luar Gourmet Chocolate Sauce... ish ish ish.... 



Makan pulak mase panas panas... kerangupan Stick Waffle Ananaifa ni bersatu padu dengan kelemakkan kedua dua jenis coklat ni... KEENAKAN BERGANDA!!! dan terus melekat ke lelangit ^__^



Lelehan Gourmet Chocolate Sauce tu bakal membuatkan kawan kawan rase taknak minum air untuk beberape ketika selepas memakan Stick Waffle ini... hihi ^__^




Aroma yg terhasil semasa Stick Waffle Cadbury Choco ini dipotong dan dimakan panas panas.. memang..... rasa nak makan dan nak makan dan nak makan lagi je...

Betul..... Tak tipu!

Nak rasa sample? Nak tengok sample secara live?

Hubungi je Ananaifa 013 3209715 untuk maklumat lanjut! atau tinggalkan pesanan mahupun pertanyaan ke ananaifa(dot)enterprise(@) gmail(dot)com  ^__^

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan tempahan anda! ^__^


Monday, 25 February 2013

Stick Waffle Comel dengan inti Pisang

As Salam semua pembaca blog yg dirahmati Allah ^___^

Hendaknya sume yg melayari blog waffle-comel-ananaifa ni sume tgh lapar lapar belaka la ye.. jadi semakin menggiurkanlah *wink* dilihatnye Stick Waffle ni.. dan semakin terliurlah kawan kawan nnt. hehe

Okeyh kali ni nak promote projek seterusnya daripada kami ni Ananaifa. Kali ni, macam yg saya janjikan pada post yang lepas, Stick Waffle berintikan Pisang aka Bananana menjadi pilihan untuk disaji-promosikan buat blogger sume ^___^

Ni rupa paras *wink* Stick Waffle Comel berintikan Pisang ni sebelum dilakukan proses belahan jiwa ^__^ Siap ditambah-lelehkan dengan titisan Gourmet Chocolate Sauce... nyum nyum!!


Setelah dibelah.... Boleh nampak kan tekstur nye yg rangup... ^__^


Kurang jelas? Maafkanlah pixel camera hamba yg serba kekurangan ni ye.. Ni saya bagi gambar yg lebih Closed-up khas untuk tatapan kawan kawan sume ^__^


Boleh imagine pisang di dalam bancuhan tepung Waffle yg bila dibakar menjadi rangup? Hmm... Keseronokan Berganda!! hehehe



Hmm kalau tak boleh imagine, apa kata cube try test? *wink*



Dari sisi lain sebiji Stick Waffle Comel berintikan Pisang yang obviously boleh dikenalpasti kerangupannye.. dengan titisan Gourmet Chocolate Sauce yg bertitis titis.... nyum nyum!!





Aroma yg terhasil semasa Stick Waffle berinti Pisang ini dipotong dan dimakan panas panas.. memang..... rasa nak makan dan nak makan dan nak makan lagi je...

Betul..... Tak tipu!

Nak rasa sample? Nak tengok sample secara live?

Hubungi je Ananaifa 013 3209715 untuk maklumat lanjut! atau tinggalkan pesanan mahupun pertanyaan ke ananaifa(dot)enterprise(@) gmail(dot)com  ^__^

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan tempahan anda! ^__^

Saturday, 23 February 2013

Stick Waffle yg Shweet Like Chocolate ^__^

As Salam sume pembace blog yg dirahmati Allah ^__^

Ini projek Ananaifa yg ketige.. Stick Waffle berintikan 3 perisa iaitu :

  • Coklat Putih also known as White Choco ^__^
  • Pisang also known as Bananana (dan terbiase sebut bananana sebab anak anak dok ulang ulang ads kat tv tu) ^___^
  • dan last but not least Sos Epal also known as Apple Sauce ^__^


tapi kali ni Ananaifa nak fokus pada Stick Waffle berintikan White Choco dulu ye... nanti kite cite pasal Stick Waffle berintikan Banana dan Apple Sauce pulak okeyh?

Jom kita sama sama saksikannya ^____^

Stick Waffle berintikan White Choco yg baruUuuUuuUu je klua dari waffle maker nye.. nampak sedap tak? tehehe


Ini gambaran Stick Waffle berintikan White Choco ni dari arah hadapan ^__^ kawan kawan boleh guess kot betapa rangupnye Stick Waffle ni berdasarkan rupa tekstur Stick Waffle tu... kerak kerak di bahagian tepi Stick Waffle tu membuktikan segala galanya ewah ^___^


Tu diaaa... Stick Waffle berintikan White Choco yg telah disirami (macam hujan pulak *wink*) atau lebih tepat lagi ditambah-lelehkan dengan titisan sos coklat Gourmet yg pekat lagi memekat itu.. nyum nyum!!


Closed-up and personal ^__^  sedia dihidangkan dalam bekas kertas aka individual pack.. kalo nak cucuk lidi macam Stick Waffle Comel pun boleh... request je okeyh ^__^


Tatkala Gourmet Chocolate Sauce tu meleleh terkena White Choco tu... melekat rase dia kat lelangit ni.. tak caya cuba rasa ^__^


Aroma yg terhasil semasa Stick Waffle White Choco ini dipotong dan dimakan panas panas.. memang..... rasa nak makan dan nak makan dan nak makan lagi je...

Betul..... Tak tipu!

Nak rasa sample? Nak tengok sample secara live?

Hubungi je Ananaifa 013 3209715 untuk maklumat lanjut! atau tinggalkan pesanan mahupun pertanyaan ke ananaifa(dot)enterprise(@) gmail(dot)com  ^__^

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan tempahan anda! ^__^

Thursday, 21 February 2013

Stick Waffle dengan Inti Sosej Ayam

As Salam semua pembaca blog..

Selain daripada Stick Waffle Comel, pihak Ananaifa juga menyediakan Waffle tak comel atau dengan kata lainnye, Stick Waffle ^__^


Inilah dia  rupa gambarannya...




Disajikan dalam bekas kertas, panjang Stick Waffle ini adalah sama panjang dengan sebatang sosej 




Menarik bukan jika disajikan sebagai side dish pada kenduri kahwin, majlis jamuan mahupun keraian anda? Lelehan sos cili, mayonis dan sos seribu pulaunya... menggiurkan kan? eh silap! meleleh-liurkan kan? *wink*


Berintikan sosej ayam yg direbus sempurna.. aroma yg terhasil semasa Stick Waffle ini dipotong dan dimakan panas panas.. memang..... rasa nak makan dan nak makan dan nak makan lagi je...

Betul..... Tak tipu!

Nak rasa sample? Nak tengok sample secara live?

Hubungi je Ananaifa 013 3209715 untuk maklumat lanjut! atau tinggalkan pesanan mahupun pertanyaan ke ananaifa(dot)enterprise(@) gmail(dot)com  ^__^

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan tempahan anda! ^__^

Wednesday, 20 February 2013

Projek Permulaan - Stick Waffle Comel dengan inti Sosej Ayam

Ini adalah projek permulaan kami ^__^ Our baby Project..


Stick waffle comel berintikan sosej ayam yg direbus sempurna.. ditambah-lelehkan *wink* dengan titisan berterusan sos cili, mayonis dan sos seribu pulau ^__^ nyum nyum!!




aroma waffle yg wangi.. bercampur dengan aroma cili, mayonis dan thousand island sauce yg membuatkan perut anda boleh berdangdut tiba tiba! hehe




siap dengan lidi yg dicucuk pada waffle berinti sosej ini, memudahkan anda memegang waffle ini ibarat memegang lollipop! hehe



belahan jiwa waffle... ^__^ sedapnya sosej ayam tu kan?



sangat sesuai untuk dijadikan side dish dalam kenduri kahwin, majlis jamuan atau keraian anda.. 

sedap dimakan panas panas!! pihak Ananaifa menawarkan pakej istimewa jika anda ingin kami menyediakan side dish ini secara langsung di kenduri kahwin, majlis jamuan dan keraian anda yg meriah itu! ^__^

juga boleh disiap-sediakan dalam pembungkusan bersesuaian dan dijadikan doorgift untuk para tetamu di majlis jamuan dan keraian anda!

iye!!! sebagai doorgift pun boleh.... tak percaya ke?lain daripada yg lain kan.. 

kaedahnya, tetamu anda yg menerima doorgift istimewa lagi sedap ini hanya perlu memanaskan semula stick waffle comel ini dengan oven, microwave oven mahupun digolek-golekkan atas kuali tidak lekat sebelum dicurah sos cili, mayonis dan sos seribu pulau mahupun apa jua jenis sos pilihan mereka. menarik kan? 

hubungi kami untuk melihat sampel secara live! 

pihak Ananaifa sangat mengalu-alukan tempahan daripada anda semua! ^___^

yg berminat bolehlah menghubungi Ananaifa ditalian 013 3209715 untuk tempahan dan maklumat lanjut.

atau boleh juga tinggalkan pesanan mahupun pertanyaan ke ananaifa(dot)enterprise(@)gmail(dot)com untuk maklumat lanjut

thanks for viewing ^_____^ 

Sunday, 17 February 2013

Untuk Tempahan

Selamat datang ke Ananaifa Enterprise. Terima kasih di atas minat anda terhadap produk stick waffle dan stick waffle comel keluaran Ananaifa Enterprise

Ananaifa Enterprise menerima tempahan utk semua majlis istimewa samada hari lahir, ulangtahun, perkahwinan, pertunangan, majlis keraian ataupun cuma untuk makan makan sendiri.

Setiap batang waffle yang dihasilkan adalah sangat istimewa untuk pelanggan Ananaifa Enterprise dan dijamin 100% halal.

Untuk sebarang tempahan, sila tel/sms : 013 3209715  atau email : ananaifa(dot)enterprise(@)gmail(dot)com

Sila buat tempahan sekurang kurangnya 5 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan. Jangkamasa yang lebih panjang diperlukan bagi tempahan berskala besar.

Sedikit maklumat diperlukan sewaktu membuat tempahan :

1. Nama Anda
2. No telefon untuk dihubungi
3. Tarikh dan masa pengambilan tempahan
4. Inti atau Perisa waffle
5. Kuantiti
6. Jenis Majlis
7. Maklumat tambahan mengikut permintaan yang dirasakan perlu bagi menjadikan tempahan tersebut istimewa untuk anda dan orang orang tersayang.

Friday, 15 February 2013

Ahlan Wa Sahlan dan Selamat Datang

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog yg dikasihi ^__^

Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah. Dan semoga hari ini menjadi permulaan yang baik buat Ananaifa Enterprise.


Selamat datang ke blog Ananaifa Enterprise, sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14 Februari 2013. Berbekalkan 9 tahun pengalaman sebagai Eksekutif Jaminan Kualiti (QA) bermula dengan sebuah syarikat bumiputera, kemudian ke sebuah syarikat Jepun dan yang terakhir di sebuah syarikat Mexico, Ananaifa tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Kedai dan pejabat kami terletak di Simpang 3, Jalan Kg Delek Kanan, 41100 Klang, Selangor (berdekatan Surau Haji Abbas). Kedai dan pejabat kami boleh dihubungi di talian 013 3209715 sepanjang Isnin hingga Sabtu, 9.00 pagi hingga 9.00 malam dan boleh dihubungi secara SMS 24jam.

Cabang perniagaan kami terbahagi kepada 2 iaitu Kiosk Ananaifa Wafflez dan Pengedaran Frozen Foods.


Kiosk Ananaifa Wafflez kami terletak di hadapan pejabat kami di Simpang 3, Jalan Kg Delek Kanan, Klang. Kiosk dibuka setiap hari dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada hari Sabtu & Ahad serta pada hari-hari khas yang akan diberitahu. Kami menyediakan classic wafflez dan stick wafflez yang dihasilkan daripada resepi kami sendiri dan disediakan oleh pengendali makanan yang telah mendapat suntikan vaksin Typhoid (TY2) dan telah menjalani Kursus Pengedalian Makanan anjuran Penganjur Kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Walaupun tidak memperoleh pensijilan GMP mahupun HACCP untuk Kiosk kecil kami, para pelanggan tak perlu ragu ragu tentang aspek kebersihan dan keselamatan produk hasilan kami. Dengan penyediaan yang hygiene dan harga yang lebih berpatutan, pastinya berbaloi untuk para pelanggan semua menikmati dan mengulangi menikmati produk hasilan kami.



Cabang perniagaan kedua kami adelah merupakan pengedar produk makanan sejuk beku keluaran IKS Muslim. Produk produk yang kami tawarkan adalah halal, mudah dan cepat disediakan, menepati citarasa pelanggan dan sedap! Antara produk yang ditawarkan adalah kuih muih (karipap, samosa, kasturi, bergedil, donut dan pau), roti (tortilla, pizza base (nipis), pizza base (tebal)), produk yong tau foo (bebola ikan ayam ketam udang, tauhu, wantan, dim sum, dumpling, kue tiaw) dan western (steak, chicken cop, fish and chips). Kesemua produk yang kami pasarkan adalah diambil dari kilang yang telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri dan/ atau keseluruhan pekerja di kilang tersebut adalah beragama Islam. Di samping itu, perusahaan tersebut juga mempunyai piawaian penghasilan produk yang konsisten.


Selain itu, kami di Ananaifa juga menawarkan harga istimewa untuk produk produk kami yang ingin dibeli oleh para peniaga di luar sana, tak kiralah sama ada anda peniaga kedai makan, kantin, restoran mahupun pasar malam.

Marilah kita bersama sama memartabatkan produk buatan orang Islam yang Halalan Toyyiban ini. InsyaAllah amiinnn :) 




//Jazakallah & Jazakallah again//