Ahlan Wa Sahlan dan Selamat Datang

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog yg dikasihi ^__^

Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah. Dan semoga hari ini menjadi permulaan yang baik buat Ananaifa Enterprise.


Selamat datang ke blog Ananaifa Enterprise, sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14 Februari 2013. Berbekalkan 9 tahun pengalaman sebagai Eksekutif Jaminan Kualiti (QA) bermula dengan sebuah syarikat bumiputera, kemudian ke sebuah syarikat Jepun dan yang terakhir di sebuah syarikat Mexico, Ananaifa tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Kedai dan pejabat kami terletak di Simpang 3, Jalan Kg Delek Kanan, 41100 Klang, Selangor (berdekatan Surau Haji Abbas). Kedai dan pejabat kami boleh dihubungi di talian 013 3209715 sepanjang Isnin hingga Sabtu, 9.00 pagi hingga 9.00 malam dan boleh dihubungi secara SMS 24jam.

Cabang perniagaan kami terbahagi kepada 2 iaitu Kiosk Ananaifa Wafflez dan Pengedaran Frozen Foods.


Kiosk Ananaifa Wafflez kami terletak di hadapan pejabat kami di Simpang 3, Jalan Kg Delek Kanan, Klang. Kiosk dibuka setiap hari dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada hari Sabtu & Ahad serta pada hari-hari khas yang akan diberitahu. Kami menyediakan classic wafflez dan stick wafflez yang dihasilkan daripada resepi kami sendiri dan disediakan oleh pengendali makanan yang telah mendapat suntikan vaksin Typhoid (TY2) dan telah menjalani Kursus Pengedalian Makanan anjuran Penganjur Kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Walaupun tidak memperoleh pensijilan GMP mahupun HACCP untuk Kiosk kecil kami, para pelanggan tak perlu ragu ragu tentang aspek kebersihan dan keselamatan produk hasilan kami. Dengan penyediaan yang hygiene dan harga yang lebih berpatutan, pastinya berbaloi untuk para pelanggan semua menikmati dan mengulangi menikmati produk hasilan kami.



Cabang perniagaan kedua kami adelah merupakan pengedar produk makanan sejuk beku keluaran IKS Muslim. Produk produk yang kami tawarkan adalah halal, mudah dan cepat disediakan, menepati citarasa pelanggan dan sedap! Antara produk yang ditawarkan adalah kuih muih (karipap, samosa, kasturi, bergedil, donut dan pau), roti (tortilla, pizza base (nipis), pizza base (tebal)), produk yong tau foo (bebola ikan ayam ketam udang, tauhu, wantan, dim sum, dumpling, kue tiaw) dan western (steak, chicken cop, fish and chips). Kesemua produk yang kami pasarkan adalah diambil dari kilang yang telah mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri dan/ atau keseluruhan pekerja di kilang tersebut adalah beragama Islam. Di samping itu, perusahaan tersebut juga mempunyai piawaian penghasilan produk yang konsisten.


Selain itu, kami di Ananaifa juga menawarkan harga istimewa untuk produk produk kami yang ingin dibeli oleh para peniaga di luar sana, tak kiralah sama ada anda peniaga kedai makan, kantin, restoran mahupun pasar malam.

Marilah kita bersama sama memartabatkan produk buatan orang Islam yang Halalan Toyyiban ini. InsyaAllah amiinnn :) 




//Jazakallah & Jazakallah again//

Comments

Derok said…
terbaekk..semoga berjaya dan terus berjaya
Derok said…
terbaekk..semoga berjaya dan terus berjaya
time kasih

kalo nak order blh pm k ^_^
Derok said…
insyaAllah ;-)
Unknown said…
Saya duk melaka boleh poskan ke?kalu beli dlm kuantiti yg sikit utk mkn sendiri blh ke?
Ananaifa Foods said…
Nouri Noriza saya reply kat blog cik :)