Resepi DIMSUM bagi yang nak buat Sendiri :D

Assalam semua frens Ananaifa Foods :)

Salam Jumaat yg penuh barakah untuk semua juge :)

Sempena hari Jumaat yg penuh barakah ni *dah 2 kali ulang :p * Ananaifa Foods nak share ngn frens Ananaifa Foods sume resepi nak menghasilkan Dim Sum ni.. resepi ni Ananaifa Foods kutip dr blog Kjee, pelakon zaman kite kecik2 dulu *zaman Ananaifa Foods kecik2 la :p * yg ade blakon filem2 zaman Ogy dan Azmil Mustafa dulu tu... Rajin Kjee ni buat sendiri Dim Sum tu.. 

Kalo ade yg berbesar hati dan berajin diri nak buat sendiri Dim Sum ni, bleh la cuba resepi ni.. 

Kalo yg malas2 tu, order je drpd Ananaifa Foods :) Ananaifa Foods siap anta lagi kalo dlm kawasan Klang / Port Klang dan Sijangkang ni :)





 2 orders of DIM SUM Delivery yg dibuat semalam :) 
Pek Kenduri nampak gayenye semakin menarik perhatian umum :D


OKlah, jom kite jengah cara2 nak buat sendiri DIM SUM ni untuk mereka2 yg rajin :)
Cara-caranye :

1. masukkan segenggam isi udang dan isi ayam ke dalam blender kecik yang kita kisar bahan2 kering (spice blender) atau tumbuk guna lesung pun boleh. 

2. lepas dah halus diblend, keluarkan dan campurkan dengan tepung jagung hingga sebati.
3. potong halus2 setengah batang carrot, 4 cendawan shitake kering yang telah direndam kemudian hiris halus2 dan sehelai dua daun bawang yang jugak telah dimayang halus. Campurkan sekali ke dalam ayam tadi. 

4. pecah telur sebiji, pukul sedikit dan masukkan jugak dalam bahan2 tadi. Gaul hingga sebati, bubuh sikit garam pak aji kalau guna dan kira2 setengah sudu kecik minyak bijan.

*Simpan dalam peti ais selama sejam*

5. siap2 jerang air dalam pengukusan. Kemudian keluarkan wantan pastry dari fridge. Keluarkan sedikit sahaja dari dalam peket. Kalau keluarkan semua nanti ia menjadi kering. Kemudian guna cookie cutter untuk memotong bulat wantan pastry tu.
6. celup jari telunjuk dalam sedikit air dan sapu pada sehelai wantan pastry tu. Pastu amik satu sudu kecil inti ayam tadi dan letakkan tengah2 wantan pastry. 

7. pastu ulang sampai habis. Baki wantan pastry disimpan elok2 dalam peti ais dan boleh guna lain kali. Susun dalam kukusan dan kukuslah hingga masak i.e. 10-15 minit. nak kan more info and photos, bleh la ke blog Kjee tu :)

Nak mudahkan korang, dibawah ni Ananaifa Foods senarai bahan2 asasnye. Kalo nak ganti isi udang dan isi ayam dengan isi ketam ke apa2 pun isi, sila lah mengikut selera diri sendiri, suami mahupon anak2 :)

1. Wantan Pastry
2. Isi ayam (tanpa kulit)
3. Isi Udang
4. Cendawan Shitake kering
3. Carrot
4. Daun Bawang
5. Minyak bijan
6. Telur
7. Tepung Jagung


Selamat Mencuba!!! :)

================================================================================

berminat menjadi AGEN / WAKIL JUALAN produk2 edaran Ananaifa Foods ? KLIK SINI untuk dapatkan maklumat lanjut k :)


Comments

Aqilah Syafiqah said…
Nampak mcm mudah kan..tapi sedap ke tak? maklumlah..saya tak prnah rasa..hehe
Hanan Haifa said…
sedap.. kalo penggemar dimsum, diorg mmg cr ni. bat stok simpan dlm freezer :)

kalo nak mudah beli yg frozen dr kami pon bole. :)
Mama MyaQi said…
Salam..maaf bertanya...yg simpan 1jam dlm frozen tu..inti dim sum ke??
Hanan Haifa said…
salam. ye sis mama myaqi. inti dimsum tu simpan sejam dlm freezer :)
Anonymous said…
Salam. Nak tanya kalau inti tu takda udang takpa ke?
Anonymous said…
Salam. Nak tanya kalau inti tu takda udang takpa ke?
Hanan Haifa said…
salam :) takpe sis, boleh pelbagaikan inti ikut kegemaran.
Anonymous said…
Macam mana dengan sosnya?
siti maisarah said…
Ayam tu msk dulu ke?
Anonymous said…
assalamualaikum..saya baru nak cuba buat sendiri dimsum ni. nak tanya kulitnya tu boleh beli di mana ye?

balqis, terengganu
Hanan Haifa said…
salam sis. maaf lmbt reply. kulitnya boleh dibeli di pasaraya. kulitnye dibuat guna kepingan kkulit wantan
Cmne nk buat yg color2 tu sis?
Hanan Haifa said…
yg colour2 tu sy beli dimsum yg dh siap buat.. yg sy but sendri sume plain colour wantan sahaja :)