Sunday, 28 December 2014

Delivery on 25.12.2014

Balik Klang seminggu teringin DimSum :)

Okeyh, no problem! 

We Deliver to You :)


Sesapa yg teringin teringin jugak tu, direct contact ke 013 320 9715 k :)

* ini adelah iklan produk #sejukbeku
* kami terima #order SETIAP HARI
* kami #deliver order SETIAP SELASA RABU KHAMIS

:)

Monday, 15 December 2014

Flea Market @ AEON Bukit Raja Klang

Salam dear frens sume J

Kali ni Ananaifa nak kongsi pengalaman Ananaifa berjualan di Flea Market di perkarangan pintu masuk Aeon Bukit Raja, Klang. Event yg kami masuk was on 5 – 7 Dec 2014.

Ok la sedikit brief kepada yg no idea Flea Market ni macam mana, it was like Pasar Karat atau Car Boot Sale (CBS) jugak la. Tapi bukan jual pre-loved items mcm Pasar Karat, and bukan juga bukak bonet mcm Car Boot Sale. Ia adelah di mane pihak yg organizedkan event ni dah apply permission dari owner tempat tu (dlm event yg kami sertai ni, owner tempat adelah Aeon Bukit Raja, Klang) dan gunekan siar-kaki (tempat pejalan kaki) biasenye di bahagian senang nampak di tempat tu la, untuk dibukak meja2 jualan utk disewakan, selalunye on weekends. Kat Flea Market Aeon Bukit Raja, Klang ni, tapak jualan adelah bermula dari sebelah Burger King sampailah tepi mesin bayo parking autopay.
                                   
Mase kami join, booth lain yg join adelah booth bawal & shawl, Maxis, Prudential, Tupperware, cookies, jeruk mangga asam boi, item kartun Frozen dan beg tangan.

Moh layan gambo sat :

kami di antara meja jualan bawal & shawl dan prudential

Kesimpulan yg kami nak berikan di sini adelah :

1.       Produk sejukbeku kurang sesuai diniagakan di Flea Market ini. Cuaca agak panas (kipas industrial yg comel lote tu cuma ada 2 biji je, dan diletak di belakang meja jualan pada baris bertentangan kami). Ini mengakibatkan produk2 sejukbeku kami menjadi cepat nyahbeku walaupun berketul2 ice-pack kami letak dlm foambox tu. Bby Hayaa pun meragam je sbb panas. Plug point diberi tapi kena bawak kipas sendiri. Kami pulak kongsi tapak dengan sorg peniaga lain jadi tapak terhad, belakang kami ada railing tudung yg mana ia membataskan pergerakan kami.

2.       Kurang promosi daripada pihak penganjur. Waktu kami jenjln kat dalam Aeon nak edarkan flyers tu, bila kami bagitau yg kami ada menjual frozen foods di Flea Market kat pintu masuk Aeon tu, ramai yg tanya ‘kat mana kat mana’. Ada yg igt kene naik kereta klua dari Aeon utk sampai ke tapak Flea Market tu, kalau camtu malas nk pegilah katenye. Kami ckp kat tepi Burger King tu je, then baru penerima2 flyers tu angguk2 dan siap kata ‘eh ade org meniaga ke situ?’ boleh?? At least kene ade bunting kat beberapa spot dlm Aeon dan di parking lot Aeon tu, then pengunjung tau la ade Flea Market sedang berlangsung. Sebab kalau pengunjung yg masuk dari pintu topfloor parking, mane deme tau ade Flea Market kat bawah nu?

3. Tempoh berjualan adalah dari pukul 10am hingga 10pm, which is sgt tak sesuai utk kami yg membawak bby Hayaa berjualan bersama2 kami ni. Kami cabut pukul 6pm, selamba je. Lagipun kami kongsi tapak dengan peniaga lain jadi tak nampak sgt tapak kami kosong.

4.       Mungkin mase tu baru bermulanya cuti sekolah (awal Dec 2014) jadi mungkin, mungkin laa, ramai warga Klang yg balik kampung. Sebab kami nampak pengunjung Aeon pon tak ramai mase tu.

5.       Kami memang takkan join lagi Flea Market tu, insyaAllah. Setakat ni itu le post mortem kami, tidak sesuai dan tidak memberi / menjana keuntungan optimum kepada perniagaan kami.


Wednesday, 10 December 2014

Jangan buat INI dan INI pada Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods ok ;)

Salam dear frens sume :)

Wraps, Tacos, Burritos, Enchiladas, dan Kerepek (Chips) adalah antara makanan yg boleh dihasilkan menggunakan Tortilla edaran Ananaifa Foods. Tortillas boleh menjadi makanan yg sihat untuk dimakan (Healthy Food) jika dan jika ia disediakan menggunakan kaedah yg betul.




here are some of BIG NOs kepada Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods untuk panduan frens :

  1. Deep fry. Minyak akan terserap masuk dalam kepingan Roti Tortilla tu. Melainkan jika anda nak buat Tortilla Chips.
  2. Roti Tortilla TIDAK DINYAHBEKUKAN dahulu hingga lembut sebelum dilipat / digulung. Keras2 klua dr freezer, asal boleh ambik dari peket tu, frens terus letak inti pilihan kalbu. Mentang2 Ananaifa kata Roti Tortilla kami adelah Ready To be Eaten kan. Tak boleh begitu ya! Kalau buat begitu jugak, nanti kepingan Roti Tortilla tu akan koyak sebab melekat di antara satu sama lain masa frens nak tarik klua dari peket tu. Pastu patah plak mase frens nak lipat /gulung dia. Optimumnya, Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods adelah ideal jika dinyahbeku (thaw) dalam suhu bilik selama 4 ke 5 jam, Kalau misalkate nak buat breakfast Wraps, mlm tu siap2 letak Roti Tortilla dalam bahagian dingin k. Esoknye nanti just nice je Roti Tortilla tu lemah lembut sedia untuk dilipat / digulung :p
  3. Simpan belen Roti Tortilla dalam bahagian beku TANPA TUTUP bungkusan dengan sempurna (properly seal). Kalau nak simpan belen Roti Tortilla, kene pastikan peket tu properly sealed supaya Roti Tortilla tu tak kering sbb moist masuk dalam Roti Tortilla tu.
  4. Roti Tortilla tu DIBIARKAN DALAM SUHU BILIK berminggu2! Paling lama pon kalo misalkate frens terlupa nak simpan balik Roti Tortilla tu, 7 hari ok lagi la. Lama dari tu Ananaifa khuatir tekstur dan rasa dia berubah. Sebab roti Tortilla kami yg sihat ni takde pengawet. Jadi kene simpan dalam freezer (kalau nak simpan up to 8 months) atau fridge (up to 2 months) je k.

OK ni BIG NOs pada Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods ok. Kalo Roti Tortilla edaran orang lain tak pasti bleh apply BIG NOs ni jugak ke tak ye :)

Monday, 8 December 2014

Mana nak beli Kuah Yong Tau Foo sedap kat Klang ni?

Assalam dear frens sume :)

Ni adelah Kuah Yong Tau Foo by Ananaifa Foods. 

Pekat memekat lagi terangkat gitu.

Ni pek 1kg, Sekilo ni rega promosinye adelah RM11.90 sahaja. Cili Masak diberi berasingan supaya frens buleh menambah tahap kepedasan ikut suka :)
Kuah adelah ready to use, dpt2 je kuah daripada Ananaifa Foods, bleh terus curah atas Bebola Angry Bird atau bebola2 lain pilihan frens dan ditambah dengan sotong & kangkung yg ditanam sendiri di tepi umah hihi :p Gaul sebati terus ngap! Sedap ok :)
Ini pula rupa pek 500g, sama jugak Cili Masak diberi berasingan, frens nak jadikan kuah Yong Tau Foo ni Super Hot, Hot atau Medium Hot, boleh je, ikut suka frens k ;)
Kalo frens nak order berkilo2 untuk jamuan makan2 mahupun nak buat stok, dan kendian belennye nak simpan, boleh aje. Simpan dalam freezer pastu bebila nak guna, panaskan je guna microwave atau rendam separuh bekas dalam air panas :)

Roger ke 013 320 9715 kalo nak tempah Kuah Yong Tau Foo sedap ni k. 


berminat nak tau Pakej2 Sejukbeku kami jugak ?? KLIK SINI plak ye :) 

Thursday, 4 December 2014

Kuih Frozen Kekal Rangup Selepas 4 jam Digoreng??

Salam dear frens sume :)

But masa ini, Ananaifa Foods adalah pengedar sebanyak 14  jenis Kuih-Muih Melayu iaitu :

> Karipap Kentang
> Karipap Sardin
> Karipap Pusing Ayam
> Karipap Pusing Daging
> Samosa Kentang
> Kasturi @ Kuih Rengas
> Cucur Badak
> Pau Sambal Bilis
> Pau Kacang Merah
> Donat
> Pulut Panggang
> Kuih Koci
> Vadey
> Popia Sayur

Ni semua kuih saiz standard. Kuih saiz Gergasi pun ada gak di Ananaifa Foods ni :)

Kuih Karipap Pusing Ayam dan Daging --> diperakui sedap oleh pelanggan kami. 4 jam lepas goreng pun garing rangup lagi :) Tapi takyah la biar tak bermakan lepas 4 jam digoreng k. Sebab apa2 makanan bermasak pon, after jam ke-4, mikroorganisma mula membiak dah :p

Nak order apape kuih secara pukal (nak stock up kudap petang2) mahupon nak beli runcit2, buleh terus roger Ananaifa di 013 320 97 15 k :)


Wednesday, 3 December 2014

DimSum edaran Ananaifa Foods kini di Kedai Sejukbeku Muslim AzZain Meru, Klang :)

Salam dear frens sume :)

Ananaifa berbesar hati nak war-warkan pada frens sume yg DimSum edaran Ananaifa Foods dah berjaya memasuki pasaran Kedai Sejukbeku Muslim AzZain :)

Ye, kini DimSum edaran Ananaifa Foods boleh didapati di AzZain Meru.



Lokasi Kedai Sejukbeku Muslim AzZain ni adalah di sebelah Kedai Dobi AquaNano, berhadapan SMK Meru, Klang (sebelah jejantas SMK Meru)



Frens sekitar Meru, Setia Alam, Rantau Panjang dan Kapar nak dapatkan DimSum edaran Ananaifa Foods, blh la dapatkan di sini ye. Tak perlu dah nak tunggu bila Ananaifa ada buat Delivery ke area sini lagi baru nak order dengan min quantity kan. 

Kalau tak jumpe kedai ni, buleh roger Ananaifa di 013 320 9715 :) 



Tuesday, 2 December 2014

#ananaifaoffers Harga DimSum terkini bermula 1hb Disember 2014

Salam dear frens sume :)

Sebagai menghargai pelanggan Ananaifa Foods yg setiap kali beli DimSum bertingkek2 tu, ni Ananaifa nak bagi promo price setelah pricing direvise semula, bermula 1hb Disember 2014 sehingga diberitahu kelak :)

Taraaaa....
.
.
.
.
.

:)

Kirenye :

> Beli min 5 peket, frens dapat penjimatan RM4.00
>> Beli min 10 peket, frens dapat penjimatan RM13.00
>>> Beli min 20 peket, frens kirenye dah dapat HARGA BORONG, dah untung dah kalo jadi Agen / Wakil Jualan Ananaifa Foods sebab harga RM11.00 per pek tu mmg harga borong :) . Penjimatan sebanyak RM36.00 ok ! ;)

Rega ni sume untuk Pek DimSum 16biji sekali siap dgn Sos Manis DimSum tau.

Jadi apa tunggu lagi, call je ke 013 320 9715 untuk mengorder. 

*harga ni tak dapat kalau beli dari kedai2 sejukbeku yg menjual DimSum kami ye. sbb kedai2 tu pun ade promo term dia masing2. harga ini tertakluk kepada belian terus daripada Ananaifa Foods sahaja :)

Monday, 1 December 2014

Nak Masak Cepat dan Ringkas tapi Sedap ?? Meh Ananaifa bagi cadangan meh :)

Salam dear frens sume :)

Mlm tadi layan Tortilla dengan Dory Fish Fillet dengan DimSum Crab :)

Sebab seharian siang Ahad semalam dah mentekedarah nasik kan.. banyak jemputan majlis kenduri kahwin dan house warming :p

Attending wedding besfren mase keje kat 1st job workplace :) Location wedding - Maktab Perguruan Kampus Pendidikan Islam, Bangi

Banyak gizi tidak seimbang yg telah masuk ke dalam badan huhu..

Jadi malam kite dinner yg lite2 je k :)



Alahai.. mudahnye la kan.. bukak freezer --> thaw --> pastu terus deep fry and steam.. :)

Nak beli mana sume2 ni? Dari Ananaifa Foods la :)

013 320 97 15 , SMS bole, nak call pon bole, tapi SMS lagi senang sbb Ananaifa bleh terus nampak ordernye hehe