Flea Market @ AEON Bukit Raja Klang

Salam dear frens sume J

Kali ni Ananaifa nak kongsi pengalaman Ananaifa berjualan di Flea Market di perkarangan pintu masuk Aeon Bukit Raja, Klang. Event yg kami masuk was on 5 – 7 Dec 2014.

Ok la sedikit brief kepada yg no idea Flea Market ni macam mana, it was like Pasar Karat atau Car Boot Sale (CBS) jugak la. Tapi bukan jual pre-loved items mcm Pasar Karat, and bukan juga bukak bonet mcm Car Boot Sale. Ia adelah di mane pihak yg organizedkan event ni dah apply permission dari owner tempat tu (dlm event yg kami sertai ni, owner tempat adelah Aeon Bukit Raja, Klang) dan gunekan siar-kaki (tempat pejalan kaki) biasenye di bahagian senang nampak di tempat tu la, untuk dibukak meja2 jualan utk disewakan, selalunye on weekends. Kat Flea Market Aeon Bukit Raja, Klang ni, tapak jualan adelah bermula dari sebelah Burger King sampailah tepi mesin bayo parking autopay.
                                   
Mase kami join, booth lain yg join adelah booth bawal & shawl, Maxis, Prudential, Tupperware, cookies, jeruk mangga asam boi, item kartun Frozen dan beg tangan.

Moh layan gambo sat :

kami di antara meja jualan bawal & shawl dan prudential

Kesimpulan yg kami nak berikan di sini adelah :

1.       Produk sejukbeku kurang sesuai diniagakan di Flea Market ini. Cuaca agak panas (kipas industrial yg comel lote tu cuma ada 2 biji je, dan diletak di belakang meja jualan pada baris bertentangan kami). Ini mengakibatkan produk2 sejukbeku kami menjadi cepat nyahbeku walaupun berketul2 ice-pack kami letak dlm foambox tu. Bby Hayaa pun meragam je sbb panas. Plug point diberi tapi kena bawak kipas sendiri. Kami pulak kongsi tapak dengan sorg peniaga lain jadi tapak terhad, belakang kami ada railing tudung yg mana ia membataskan pergerakan kami.

2.       Kurang promosi daripada pihak penganjur. Waktu kami jenjln kat dalam Aeon nak edarkan flyers tu, bila kami bagitau yg kami ada menjual frozen foods di Flea Market kat pintu masuk Aeon tu, ramai yg tanya ‘kat mana kat mana’. Ada yg igt kene naik kereta klua dari Aeon utk sampai ke tapak Flea Market tu, kalau camtu malas nk pegilah katenye. Kami ckp kat tepi Burger King tu je, then baru penerima2 flyers tu angguk2 dan siap kata ‘eh ade org meniaga ke situ?’ boleh?? At least kene ade bunting kat beberapa spot dlm Aeon dan di parking lot Aeon tu, then pengunjung tau la ade Flea Market sedang berlangsung. Sebab kalau pengunjung yg masuk dari pintu topfloor parking, mane deme tau ade Flea Market kat bawah nu?

3. Tempoh berjualan adalah dari pukul 10am hingga 10pm, which is sgt tak sesuai utk kami yg membawak bby Hayaa berjualan bersama2 kami ni. Kami cabut pukul 6pm, selamba je. Lagipun kami kongsi tapak dengan peniaga lain jadi tak nampak sgt tapak kami kosong.

4.       Mungkin mase tu baru bermulanya cuti sekolah (awal Dec 2014) jadi mungkin, mungkin laa, ramai warga Klang yg balik kampung. Sebab kami nampak pengunjung Aeon pon tak ramai mase tu.

5.       Kami memang takkan join lagi Flea Market tu, insyaAllah. Setakat ni itu le post mortem kami, tidak sesuai dan tidak memberi / menjana keuntungan optimum kepada perniagaan kami.


Comments