Tuesday, 4 March 2014

Resepi Wraps menggunakan Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods :) :) :)

Salam sayang frens Ananaifa Foods semua.. :)

Kali ni Ananifa cuma nak buat fast updates saja.. nak share resepi wraps yg tgh hot meletop-letop dlm mulut skrg ni.. Mungkin frens sume tertarik dgn iklan orang-makan-wraps-sambil-berjalan-jalan tu kot.. Ehehehehehe.. Apa tunggu lagi, moh kite buat wraps sendiri kat umah menggunakan Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods :)
Jom kome jom!!


10 jenis bahan mudah dicari kat pasaraya :)

1. Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods :)
2. 2 keping dada ayam (dibuang tulang dan dipotong dadu)
3. 1 ketul sosej ayam/daging (dihiris)
4. 2 biji telur
5. 1 biji tomato (dipotong dadu)
6. 1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
7. 3 sudu Cream Cheese 
8. Black pepper
9. Salad
10. Segala mak-nenek sos - Thousand Island, Mustard, Mayonis, Sos Cili


10 langkah mudah!! :)

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan biarkan hanco menjadi seperti scramble egg, kendian angkat.
2. Di dalam kuali yang sama, tambah minyak dan masukkan dada ayam. Goreng sehingga masak.
3. Masukkan sosej.  Biarkan semua bahan masak sempurna.
4. Masukkan cream chease dan gaul sebati.
5. Masukkan pulak tomato, capsicum, black pepper secukup rasa. Tutup api.
6. Di dalam saucepan, hamparkan Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods, balik-balikkan dan panaskan seketika. Jangan sampai hangus! Nak senang guna microwave pon boley.. guna low heat je :)
8. Kendian letakkan tortilla edaran Ananaifa Foods kat dalam pinggan dan letakkan salad serta bahan-bahan yang telah dimasak tadi bersama telur kat atasnya.
9. Curahkan thousand island, mustard, mayonis dan sos cili di atas bahan tadi mengikut kemeriahan yg diingini.
10. Kendian lipat tortilla tersebut mengikut kreativiti memasing. Nak guide, buleh ke sini :) 

Sedia untuk dingap!!! :p


Selamat mencuba frens sume!!! :)
Berminat untuk mengorder Roti Tortilla kami? 
PM FB Ananaifa atau sms ke 013 320 97 15 okey :)

No comments: