Monday, 17 March 2014

kisah 3 saiz Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods :)

Salam ceria frens Ananaifa Foods semua :D

*Salam dan rahmat Allah ke atas makhluk-Nya seluruh alam. Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW*
**Semoga pencarian MH370 yg hilang akan berakhir dgn berita gembira sesegera mungkin, ameennn**

Baiklah, meneruskan rutin kehidupan seperti biasa, kali ni Ananaifa Foods nak update frens sume pasal Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods yg meletop-letop di pasaran ni. Ewah gitu ayat promosi :p

Tapi memang betol pun Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods Alhamdulillah semakin menjadi pilihan para peniaga stall stall burger. Yelah asyik dok gebang pasai burger terbakar la, burger botingkek-tingkek la.. kan... maka marilah kita mempelbagaikan menu pilihan di stall burger frens sume dgn pilihan Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods ini :)

Lagi-lagi untuk burgerer-burgerer *abg2 & kakak2 burger hehe* di stall burger yg jauh dari area-area yg ada mekdi & kepsi.. kann.. memang customer-customer yg teringin nak makan brekkie wraps ke twister ke suka amat lah sebab tak payah p jauh-jauh lagi.. tapi inti kena kasi sedaplah burgerer-burgerer sume k. Dan Ananaifa Foods yakin burgerer-burgerer sekalian takde masalah dlm hal menghasilkan inti yg sedap tu :)

 kiri : Roti Tortilla saiz 10" dan kanan : Roti Tortilla saiz 8" - antara 2 saiz ni, yg feveret burgerer-burgerer sekalian order adelah saiz 8". namun begitu ada juga yg mengorder saiz 10". saiz 10" tu lebih kurang besar standard pinggan makan plastik kat kedai-kedai  makan tu :)

 kiri : Roti Tortilla saiz 8" dan kanan : Roti Tortilla saiz 6" - antara 2 saiz ni, yg feveret frens suke order untuk makan sendiri kat umah *bukan untuk meniaga purpose* adelah yg saiz 6".. lebih handy kot.. dan ala-ala bite size gitu.. namun begitu ade juga yg suka order saiz 8". lebih ummphh dan lebih mengenyangkan kot, tepuk dada tanya selera :)
dari kiri : 10", 8", 6". tekstur Roti Tortilla kami yg diyakini pelanggan antara tekstur Roti Tortilla paling cantik pernah mereka beli dan guna untuk meniaga ewahhh gitu ayat promosi tapi fakta bukan auta ni :D

Kami ada stok untuk ketiga-tiga saiz Roti Tortilla, InsyaAllah production tak putus :) . Cumanya untuk meniaga purpose, means nak membeli dlm kuantiti borong dan semestinye juga dgn harga borong, cuma perlu inform kami sekurang-kurangnya 1 working day earlier je. Dengan itu, InsyaAllah memudahkan kami ambik stok di production site dan anta kat anda / anda dtg collect kat mana-mana meet up point :)

Call / SMS ke 013 320 97 15 atau PM kami kat FbBiz kami laju-laju k :)

No comments: