Apa beza Rempah Maqlubah dengan Rempah Nasi Mandy?

As salam frens sume :)

Kat sini Ananaifa nak bagi pencerahan ringkas tentang beza rempah2 Nasi Arab yg Ananaifa edarkan. Mcm yg frens sedia maklum, Ananaifa mengedarkan ketiga2 jenis rempah Nasi Arab iaitu Rempah Nasi Mandy, Rempah Kabsah dan Rempah Maqlubah. Sebab ada customer dan bakal customer yg tanya. Apa beza Rempah Maqlubah dengan Rempah Nasi Mandy? Apa beza Rempah Kabsah dengan Rempah Nasi Mandy? Ahahah.. sebab apa kedua2 persoalan tu dibanding-tara kan dengan Rempah Nasi Mandy? Haa sebab Rempah Nasi Mandy tu yg paling common sekali kat Malaysia ni. 

Kebanyakan restoran2 makanan Arab menghidangkan Nasi Mandy. Jadi timbullah persoalan beza lagi 2 jenis rempah tu dengan rempah Nasi Mandy. 

So kali ni Ananaifa nak story sket pasal Rempah Maqlubah ni. Beza rempah Kabhsah dengan Rempah Nasi Mandy tu kite cite lain kali k :)

Sedia untuk membace? ehehe

Ananaifa bagi dlm point form k, senang nak bace :)

- Rempah Maqlubah ni rasenye rempahnye lebih kuat dan warna lebih gelap.

- Ada sayur kat bahagian bawah nasi masa kite tanak nasi tu. Means kite akan susun2 sayur kat dasar rice cooker tu then baru masukkan beras yg dah bergaul dengan rempah. Sayur2 yg dimaksudkan adelah Kentang, Terung dan Kobis yg telah digoreng. Maqlubah tu sendiri membawa maksud 'terbalik' so nanti bile kite nak serve, kite akan menterbalikkan nasi tu klua dr rice cooker dan sayur tu akan berada di permukaan atas nasi, kalau pening nak faham explanantion Ananaifa ni, buleh refer gambo bawah ni :

gambo sumber dari google

- Nasi Maqlubah kalu ikutkan style orang Jordan (tempat yg paling terkenal dengan Maqlubah) mereka tak sediakan Sos Harrah tu. Saladnye cukup dengan Tomato dan Timun aje.
- Kalau orang yg suke makan sayur banyak banyak banyak banyak, deme lebih prefer Nasi maqlubah ni :)

Oklah, tu je yg Ananaifa dapat share berdasarkan pengalaman memasak Nasi Arab. Kalau tanya Ananaifa, Ananaifa lebih gemarkan Nasi Mandy :)


Comments