Wednesday, 14 August 2013

Resepi Tortilla - Inti Daging Panggang Berkeju

As Salam frens sume..



Kali ni Ananaifa nak berkongsi resepi *lauk* yg distuffedkan ke dalam gulungan Roti Tortilla. 



Macam yang saya kata sebelum sebelum ni, apa saja lauk boleh disumbat-gulungkan ke dalam Roti Tortilla. Ikut selera masing masing. Jadi ini cuma cadangan resepi aje tau, kalau frens ada bebahan yg saya kata ni dalam peti sejuk, boleh lah cuba stuffedkan Roti Tortilla frens dengan idea ni ^_^



Roti Tortilla dengan Daging Panggang Berkeju

Jumlah masa penyediaan : 15 minit

Bahan-bahannye :

  • 4 keping Roti Tortilla 6" yg dibeli di Ananaifa @ Delek ^_^
  • 1/2 cawan keju untuk salad dressing
  • * 4 kepingan daging yg dihiris panjang dan telah dipanggang 
  • 1 labu bawang Bombay (yg warne kuning2 tu), dihiris nipis
  • Tomato, dibuang biji dan dihiris nipis nipis
  • 4 keping daun salad
  • 8 keping keju Kraft Singles
*(saya panggang guna kuali je, golek golek atas kuali *cara malas tu ^_^*)

Cara penyediaannye :

- Ratakan roti tortilla yg dah dinyahbekukan atas pinggan atau chopping board
- Sapukan keju untuk salad dressing serata ratanya di permukaan atas roti tortilla tu
- Letak daun salad
- Letak je kesemua bahan bahan lain macam yg telah dinyatakan kat atas tu
- Keju Kraft Singles letak atas sekali...
- Lipat sikit bahagian kiri dan kanan roti tortilla tu

Nak terus makan pun boley..
Nak hidang lambat lambat sikit pun boley.. 
Frens boleh la balut dengan plastic shrink wrap tu
Pastu sejukkan dalam peti sejuk ^___^

Selamat Mencuba!! ^_^



No comments: