Tips nak cari bantuan Agensi Kerajaan utk besarkan perniagaan uollss ke bigger scale

Salam dear frens semua :)

Bersiaran di malam Sabtu ini, Ananaifa nak share pasal tips nak dptkan bantuan daripada Agensi2 kerajaan yg terlibat utk membantu usahawan2 IKS mahupun mikro.

Ananaifa pon x pernah apply apa2 lagi, belum sampai ke tahap memohon lagi. Bukan bermaksud Ananaifa sgt2 blh sustain sendiri je dan tak perlukan apa2 bantuan. Cumanya Ananaifa belum dpt nak run the biz in huge scale lagi. Masih lagi perlu self-employed buat masa ini.

Oklah xnak tulih panjang lebo lagi, jom kite tgk antara tips yg Ananaifa terrrjumpa masa nak buat iklan Roti Tortilla kat laman web Majalah.com :)


 Tips 1 :
  1. awak pergi cari machine tu tgk kos dia berapa. maintance dia macam mana. awak gi TEKUN minta loan dari diorang. kalau machine tu dalam 5k kebawah awak boleh mohon AIM(AMANAH IKTIAR MALAYSIA)

    seingat saya jenis makanan bisnes sangat senang mendapat bantuan kerajaan kerana daily bussiness awak ialah CASH. 

Tips 2 :

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


    Pandangan Saya:-

    + CikPuan perlu hadir ke MARA daerah untuk kunjung hormat dengan Pegawai Mara Daerah.

    + Bawakan company Profile serba ringkas berserta catatan kewangan harian, bulanan dan tahunan.

    + Mohon untuk dimasukkan ke dalam program SKPP ( Skim Khidmat Pakar perunding) di dalam perniagaan yg dijalankan. Mohon dlm aspek pengembangan syarikat.

    + Konsultan akan menilai situasi sebenar perniagaan yang dijalankan dan akan memberi cadangan aspek apa yang perlu di pertingkatkan.

    + Berilah kerjasama dengan telus apa yg diperlukan oleh sykt utk berkembang supaya tidak lari dari visi atau misi sykt.

    + Produk Pau memang ada potensi yang amat besar dan mudah utk berkembang apabila kena dgn cara yang betul.

    + Ready to Eat or Frozen Food.

    + Saya bangga dengan CikPuan untuk meningkatkan matlamat syarikat utk berkembang.


Diharapnye jika ada frens Ananaifa yg tercari2 kekdah atau method nak perkembangkan biz anda ke bigger scale, moga kedua2 tips di atas dpt membantu uollss :)

Comments