Take it to your Office beb! - Tortilla Wraps with estimation of 250 calories

Salam dear frens semua :) 

Nak tau satu rassiee tak?? Ehehh. 
Sekarang ni, uolls dah tak perlu keluar makan lunch kat luar lagi tau *bisik2 sket*

Penat sebenarnye nak klua makan lunch ni. Silap2 balik workplace, jadi lapo balik.

Jgn jd mcm ni udah! haha


Bersesak2 atas jalan raya. Pastu bersesak2 pulak atas lantai kedai makan. Time nak balik bersesak2 lagi skali atas jalan raya. Pastu bersesak2 plak dlm lif nak balik opis.

Stress weii! Ananaifa pernah melaluinya, membuatkan Ananaifa cuma keluar lunch (out of factory compound) sebulan 2 ke 3 kali je. Selebihnya Ananaifa makan di kantin kilang ataupun bawak bekal brunch.

Okeyh maka dengan itu, kali ni Ananaifa nak share resepi penghasilan resepi yg mudah lagi low-carb gitu. Save money pon saved, healthy pon healthy! Aha!

Gambo ihsan pakcik Google ;)

Masa penyediaan ; 5 minit     Masa memasak : 0.5 minit

Bahan2 :

2 keping Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods yg dijamin Cantik di Luar, Gebu di Dalam ;)
4 keping dada ayam yang diperap & dipanggang
4 keping hirisan tomato yg dibuang biji (untuk elakkan inti Wraps cepat basi)
beberapa hirisan kobis segar (bila digigit rangup krup krap krup krap gitu)
Mayonis
Thousands island
Garam

Cara2 :

Golek2kan Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods di atas kuali tanpa minyak selama 5 saat (jgn lebih nnt Roti Tortilla akan sedikit mengeras sebab lembapan dia dah hilang). Letak kepingan dada ayam, tomato, kobis, dan cadangan sos yg diberi iaitu mayonis & sos seribu pulau :D

Ratakan di bahagian tengah Roti Tortilla tersebut, dan percik sedikit garam jika mahu. 

Lipat bahagian kiri kanan Roti Tortilla, dan gulung kemas2.

Boleh terus dibungkus atau kerat dua (lebih cantekk kalau kerat senget) dan letak dalam bekas bekal uolls.

Jumlah hidangan : 2

Kalori : 250
Jumlah lemak : 8 gram
Jumlah karbohidrat : 36 gram
Protein : 20 gram


Yeayyyyy mudah kan nak buat bekal yg Sedap yet Sihat?


Berminat nak dapatkan Roti Tortilla yg sedap edaran Ananaifa Foods ni ?? Direct roger ke 013 320 97 15 untk bertanya2 dan seterusnya mengorder jika berminat :)

Comments