Sila Baca ini Jika Anda adalah Pengeluar Produk :)

Salam dear frens semua :) 

Hari ni Ananaifa nak kongsi ilmu dan share tips & tricks untuk pengeluar2 produk samada kecil2an mahupun sederhana2an ;) yg nak menghantar produk ke Kedai2 & Pasar Mini.


C&P dr komen sahabat kak Shima Bakar :D

INGIN MULAKAN PENGHANTARAN PRODUK KE KEDAI RUNCIT/ PASARAYA TETAPI TIDAK TAHU CARANYA?

Pengeluar produk bijak mengeluarkan pelbagai produk tetapi gagal memasarkan produknye. 
Kenapa ye?

Ini kerana pengeluar produk sekaligus menjadi pembekal langsung. 
Mereka bekalkan produk tanpa mengetahui sistem atau piawaian pembekalan yang di monopoli kaum bukan Melayu.

Usahawan/ NGO boleh pakar dalam negotiation skills, dengan mengamalkan 4 jenis pembayaran pembekalan seperti berikut :

1. COD [CASH ON DELIVERY]
●Terima bayaran terus dari outlet apabila penghantaran dibuat

2. CONSIGNMENT
●Letak produk di outlet dahulu, terima bayaran apabila produk terjual sahaja.
●Risiko produk tidak terjual ditanggung oleh pemilik produk
●Tertakluk dalam tempoh tertentu

3. BILL TO BILL
●Letak barang dahulu di outlet
●Bayaran dibuat apabila, membuat penghantaran produk seterusnya.
●Risiko barang tidak terjual terletak kepada pemilik produk
●Sekiranya produk kategori fast moving items, bayaran dipercepatkan untuk pusing cash flow bisnes
●Sekiranya produk kategori slow moving items, bayaran dibuat ambil masa tertentu. Bulanan

4. OUT-RIGHT
●Letak produk di outlet,Outlet setuju buat bayaran penuh ke atas produk yang dihantar
●Risiko produk tidak terjual terletak kepada pemilik outlet.
●Bayaran mungkin cash on delivery atau tempoh tertentu
●Harga outright lebih murah dari harga congsigtment

Comments

Maheran Percik said…
Saya dah mulakan kecik kecik. Tapi dah mcm putus asa. Saya sgt suka dimsum. Tp modal pn xd. Suri rumah sepenuh masa.nak sgt berniaga dimsum.
Maheran Percik said…
Saya dh mulakan niaga dimsum dgn modal kecil sgt. Tp dah macam putus asa sbb kurang sambutan. Sy nk sgt jd berjaya dgn perniagaan dimsum
Maheran Percik said…
Saya dh mulakan niaga dimsum dgn modal kecil sgt. Tp dah macam putus asa sbb kurang sambutan. Sy nk sgt jd berjaya dgn perniagaan dimsum
Maheran Percik said…
Saya dh mulakan niaga dimsum dgn modal kecil sgt. Tp dah macam putus asa sbb kurang sambutan. Sy nk sgt jd berjaya dgn perniagaan dimsum