Wednesday, 22 July 2015

SERIK dengan Consignor yg tak berhati perut!

SERIK!!!

Serik nak hantar produk secara consignment di Kedai A*-***n tu lagi.
Adoii!!

*saya ada 2 pengalaman serik lagi menyerikkan dengan rangkaian kedai barangan sejukbeku Muslim tersebut, kedua2 nya adalah isu yg berbeza, yg saya nk cerita ni isu TAK NAK BAYAR HUTANG*

Perwatakan kemain Islami lagi. Tapi hutang liat nk bayar. Syok kot jual barang tanpa modal. Tetiba je dpt untung tanpa kluakan modal. 

Saya doakan Allah gerakkan hati anda untuk takot dengan dosa ye. Melengah2kan bayar hutang dlm keadaan anda langsung tak nak reply SMS saya. Tu melengah2kan bayar hutang dengan sengaja tu beb! Kalau anda dah terrrguna duit saya yang tak seberapa pada anda tapi byk pada saya tu, bagitau la.. reply SMS bgtau estimate bila nak bayar. Bukan mendiamkan diri cenggini. Ni mau kalau saya gi kedai anda pun, anda suh shopkeeper anda kata anda tiada di kedai kot. 

Tak jumpa lagi consignee yg boleh bagi credit term lebih 120hari. Paling lama pun selalunya 90 hari je. Terma consignment bukan bermaksud anda boleh peram duit consignee selama mana barang tak terjual. I mean, if anda ada hati, perut, dan lain2 organ dalaman, you should bother to pay out nilai barangan yg dah terjual kot. 

Oklah! Memang serik dan memang takkan saya halalkan kesengajaan anda taknak bayar hutang saya ni (as I said earlier on, kalau ada valid reasons, pls let me know). 

Selamat Hari Rayaaa dan semoga anda selamat sampai ke destinasi!! 

No comments: