Bersahur bersama Roti Tortilla edaran Ananaifa Foods

Salam dear frens semua :) 

Sebut sahaja tentang menu menguruskan badan, pasti ramai yang mengeluh akan pilihan makanan yang terhad. Lebih-lebih lagi menjelang Ramadan. Tentu sukar menentukan juadah bersahur atau berbuka yang dibolehkan semasa berdiet serta dalam masa yang sama, mengenyangkan. Pun begitu sebenarnya, terdapat pelbagai makanan lazat dan rendah kalori yang boleh diambil asalkan anda berfikir lebih kreatif.


Antaranya dengan membuat sandwic yang menyihatkan.

RAHSIA 1
Protein Tanpa Lemak
Jauhi daging yang tinggi lemak dan berkalori tinggi. Sebaliknya tukarkan dengan daging pejal tanpa kulit atau lemak. Terdapat banyak pilihan daging sebegini di pasaran, tapi anda juga boleh mencipta inti daging sandwic sendiri yang menepati cita rasa yang digemari. Antaranya hirisan nipis dada ayam yang dipanggang atau di gril. Ataupun, filet ikan bakar, udang, ketam dan isi kerang-kerangan. Sebarang bentuk daging pejal, ayam atau makanan laut boleh dijadikan isi sandwic yang enak.

RAHSIA 2
Bijirin Penuh
Tidak perlu dipertikaikan, roti putih tidak banyak membantu ketika anda dalam proses penurunan berat badan. Tapi kini terdapat banyak jenis roti gandum penuh yang enak dijual di pasaran. Pilih satu yang rendah kalori dan tinggi serat. Anda boleh menggunakan roti pita, gulungan sandwic, tortilla bungkus yang lembut atau roti gandum penuh yang biasa. Namun sekiranya anda mempunyai jenis roti kegemaran tetapi ia tidak berkalori rendah, gunakan satu sahaja.

Berminat?? Direct roger ke 013 320 97 15 untk bertanya2 dan seterusnya mengorder jika berminat :)

Artikel penuh di >>  sinun :)

Comments