Bisnes Katering - Kongsi maklumat sambil menambah ilmu di dada :D



Salam sayang frens sume..

Bertemu lagi kita dlm ruangan Sembang Berisi, ewah bukan apa kali ni Ananaifa Foods nak kongsi info pasal bisnes katering. Muak pulak kalo tiap kali post pasal promo produk aje kan. Jd Ananaifa Foods nak kongsi idea pasal bisnes katering ni, yg mana ia telah mula bercambah dlm jiwa Ananaifa Foods juga semenjak 2 menjak ni.. ehehe :)

As of today, kirenye dah 6 bulan Ananaifa Foods beroperasi sebagai sebuah pengedar makanan FROZEN.. Alhamdulillah walaupun tak setiap hari ada order tapi bila ada order tu boleh tahan jugak sibuknye kami.. Banyak dugaan yg mendatang yg kekadang melemahkan semangat kami especially nak hadap cakap cakap org.. Mulut orang ni susah nak jangka kan.. tetibe je boleh klua 'dh keje elok2 kat kilang tu knape benti?' atau mcm 'dh biasa pegang duit masuk fixed tetiap bulan, ko ok ke skrg? kene struggle ek?' saya macam...... eh eh ko ni. Aahaa gitu la jawapan pendek lagi padat yg saya berikan :) nak uruskan perniagaan ia memerlukan motivasi yg maha tinggi :p, passion, skill dan planning yg teratur selain kene banyak buat research and development, lagi lagi dlm bidang makanan kan.. FROZEN ITEM plak tu.. kalo jual bende sama je masyarakat mudah bosan..


OK. Enough tentang luahan perasaan sebegitu :) 

Berkenaan dgn bisnes katering yang saya planned nak buat ni, apa yg saya dah research adalah ia antara bisnes dari rumah yg paling berpotensi untuk diusahakan. Kalo dikaji secara logiknya, boleh dikatakan tetiap hari, bukan weekend saja, tetiap hari, ada peristiwa dan event2 yg istimewa yg nak diraikan oleh masyarakat, macam jamuan hari jadi, majlis bertunang / kahwin, mesyuarat rasmi badan kerajaan atau syarikat, pot luck dan sebagainya. Jumlah tetamu serendah 30 orang (pot luck yg saya penah siapkan utk Roti Tortilla) hingga boleh mencecah 1000 orang (majlis bertunang / kahwin).


Berdasarkan pengalaman saya sekali 2 mengendalikan 'mini catering' ieitu hidangan Pot Luck di sekolah, ada 2 perkara penting yg saya rasa perlu diberi penekanan bagi sesiapa saja yg nak melibatkan diri dlm bisnes katering ieitu : 

1. Rasa & presentasi produk. 1st imperssion is always important. Sebab yg nak makannye tu beramai2, jadi jika salah seorang atau salah 2 orang drpd yg ramai2 tu dah bagi comment negatif pada rupa produk kite waima rasa produk kite sekalipun, 70% kebarangkalian berita negatif tu akan tersebar meluas dan merosakkan reputasi kita, lagi2 kalo yg bagi komen negatif pada awalnya tu adalah seorang penutur jati :p eh, maksudnya pandai berkata kata lah kan. 

2. Bahan asas seperti pinggan mangkuk, cawan dll untuk serve lah, bukan untuk digunakan semasa penyediaan di rumah. Bak kata buku motivasi yg saya penah baca tulisan Chef Li, ramai orang tak sedar modal2 tangible yg ade kat rumah mereka macam periuk belangan sudip dll tu adalah merupakan modal memulakan perniagaan. Jadi peralatan memasak asas tu memang tak payah risau nak beli dulu :) Ok berbalik kepada pinggan mangkuk utk serve tu, kalo bajet yg diberikan oleh customer tu tinggi dan dia sendiri willing nak pakai disposable item, tak jadi masalah. Tapi kalo bajet diberikan kecil dan customer prefer pakai pinggan mangkuk kaca, seramik dan sebagainya, jadi kite sebagai catering provider kenalah pandai2 google sumber. Untuk permulaan, kita boleh sewa dulu pinggan mangkuk, alas meja atau lain2 perkakasan. Bila bisnes katering dah lebih stabil dan dah cukup modal, dan merasakan ada keperluan yg tinggi untuk mempunyai pinggan mangkuk katering sendiri, bolehlah kita start beli peralatan serving kita sendiri :)

Oklah tu je setakat ni saya terpk nak sharing maring ngn frens sume. Anyway kalo ada yg berminat nak hidang Tortilla Wraps atau nak set-up Dim Sum corner kat jamuan2 di pejabat mahupun rumah frens sume,  boleh SMS Ananaifa Foods laju2 ek. Lagi2 menjelang Chinese New Year yg tak lama lagi ni. eh eh tertekan font Large plak kata post ni tak nak buat promo kan, hehe. By the way, ofis lama saya dulu every Chinese New Year deme tak lupa adakan jamuan makan besar few days after Chinese New Year break tu, dan makanan yg diorder dah tentu2 lah daripada Malay Caterer sbb pekerja Melayu sama2 akan join memeriahkan jamuan tu. Jadi frens yg berminat nak hidang Dim Sum untuk jamuan sedemikian, boleh cepat cepat SMS Ananaifa Foods kat 013 320 97 15 ye :D


Comments