sejarah waffle lagiii ^__^ Hong Kong, Scandinavia dan satu lagi jenis di Belanda ^_^

Salam sayang frens sume...

Ok so kali ni kami di Ananaifa nak sambung sikit lagi pasal sejarah waffle ni.. ada yg tunggu ke sambungan ni?? kwang kwang kwang... arini ade kerajinan sikit nak wiki wiki so kami share la ye.. selain those famous Belgium dan Brussels waffle, ade jugak lagi waffle yg quite known such as Hong Kong waffles, Scandinavian waffle dan Stroopwaffles. 

oklah jom layan info kat bawah ni ^_^


* Hong Kong waffles

Di Hong Kong pula, waffle dipanggil ‘kek grid’ atau ‘biskut grid’ sebab ade kotak kotak grid tu ^__^. Matematik lah pulak kan orang orang Hong Kong ni.. Waffle biasenya dibuat dan dijual oleh hawker hawker di tepi jalan dan dimakan panas panas. Waffle di Hong Kong lebih seakan kan waffle di Malaysia di mana ia adelah waffle yg berbentuk bulat dan dibahagikan kepada empat bahagian. Juga seperti di Malaysia, waffle biasanya disajikan sebagai kudapan. Mentega, mentega kacang dan gula disapu di permukaan atas waffle dan kemudian dilipat menjadi setengah bulatan seterusnya sedia untuk dimakan. Secara asasnya, waffle di Hong Kong adelah bertekstur lembut dan tidak padat. Waffle di Hong Kong amat ketara dengan bau kuning telurnya. Ada juga terdapat waffle Hong Kong dengan rasa coklat dan tembikai madu yang digunakan dalam resipi penyediaannya.

* Scandinavian waffles

Secara amnya di seluruh negara-negara Nordic khususnya Sweden, waffle mereka adelah nipis dan dibakar dalam besi pembakar berbentuk hati. Waffle di Sweden yang paling biase adalah manis, dengan krim putar, jem strawberi atau jem raspberry, atau cuma meletakkan buah di permukaan atasnya, atau juga cuma gula sahaja!! Simple! Ada juga orang-orang yang lebih suka menyediakan waffle dalam rase sedikit masin dengan pelbagai campuran ramuan seperti keju biru. Di Finland, topping yg biase adelah jem, gula, krim putar atau vanili ais krim. Di Sweden sekurang-kurangnya sehingga 1400-an, ada hari hari tertentu untuk meraikan makanan ini. Hari itu dipanggil VĂ„rfrudagen bermaksud ‘Our Lady’s Day’, dan ade juga yang memanggilnye sebagai VĂ„ffeldagen yg membawe maksud ‘Waffles day’, mengikut kepercayaan masyarakat di sana yg tidak dapat dipastikan sebab keraian ini. Keraian ini disambut pada 25hb Mac.

* Stroopwaffles

Stroopwafels dalam Bahasa Belanda yg membawa maksud wafle sirap, adalah wafle nipis dengan sirap sebagai isi kandungannya. Waffle jenis ini pertama kali dibuat di Gouda di Belanda pada abad ke-18 atau 19. Adunan untuk waffle ini adelah seperti biase terdiri daripade tepung, mentega, gula merah, yis, susu, dan telur. Waffle jenis ini popular di Belgium dan Belanda dan ada juga yg siap untuk dijual dalam peket di kedai kedai.

Perbezaan dia kekadang tu sikit je, tapi terus depa claim itu waffle style negara diorang.. so nanti kami di Ananaifa akan reka 1 trademark waffle yg lain dr yg lain dan kami akan namekannye sebagai *Malaysian Waffles*..

hoho cita cita tinggi ^_^ insyaAllah ^_^ ^_^ ^_^

Comments