sejarah waffle pada zaman Abad Pertengahan, Belgium dan Liège

Salam sayang frens sume... ^__^

Ahahah... pada sesi bersiaran yg lalu *cewah* saye dah cerite kat frens sume tentang sejarah waffle dan Ananaifa Waffle Hauz kan.. bagaimana saye boleh jatuh cinta dengan makanan legend ini kerana sejak zaman sekolah lagi, di klang ini, saye biase membeli waffle yg sejak dulu sampai skarang ade dijual di sekitar klang ni.. oh ya, biase yg saye maksudkan kat atas tu adelah dalam erti kata saya mengikat perut ye, untuk tidak berbelanja pada waktu rehat.. bukan biase sebab banyak balance duit belanja sekolah so saya boleh suka suka pegi beli waffle kat greatwall klang tu huhuhu  

Punyelah suke sgt makan waffle saye ni! ^_____^

Ok kali ni saye nak kongsi info yg saye dapat di wiki wiki pasal sejarah asal waffle.. wiki wiki dan doilah dengan gaye penulisan Ananaifa *wink* waffle ni asal mana? 

Haa... jom bace kalo nak tau ^__^

* Abad Pertengahan

Waffle asal dari zaman Abad Pertengahan adelah menggunakan campuran barli dan gandum, bukan tepung putih yang digunakan pada hari ini. Secara spesifiknya, pada masa itu, waffle adelah berbeza daripada kek kerana bancuhannya yg tidak mengandungi yis atau ragi. Ini berbeza dengan waffle pada zaman sekarang yg ade mengandungi sedikit ragi. Pada abad ke-14, waffle yang dijual oleh orang Inggeris dipanggil waferers. Pada Abad Pertengahan itu juga, di negara negara Eropah, para penjual waffle dibenarkan untuk menjual waffle mereka di luar gereja pada hari hari dengan perayaan keagamaan mereka. Persaingan di antara beberapa penjual waffle akhirnya menjadikan persekitaran gereja sangat panas, sehingga Raja Charles IX dari Perancis mengenakan peraturan mengenai jualan waffle, memerlukan vendor untuk menjaga jarak sekurang-kurangnya deux toises *(4 Meter atau 12 kaki) daripada satu sama lain.

Waffle pertama kali diperkenalkan ke Amerika Utara tahun 1620 oleh Pilgrim yang membawa kaedah dari Belanda. Thomas Jefferson kemudian membawa besi pembakar waffle dari Perancis dan akhirnya menjadi makanan popular di akhir abad ke-18. Waffle diperkenalkan di Amerika oleh Maurice Vermersch restoran yang menjual Belgium waffle dengan nama "Bel-Gem Wafel" pada 1964.

* Belgian waffles

Belgium waffle atau juga dikenali sebagai Brussels waffle ieitu name yang dicipta oleh Ghent pada tahun 1839, disusun dengan adunan beragi-ragi. Selalunya, tetapi tidak semestinya, Belgium waffle adelah lebih ringan, lebih tebal dan lebih rangup di samping mempunyai ruang empat segi yang lebih besar berbanding waffle lain. Di Belgium, waffle kebanyakan disajikan panas panas *macam Ananaifa Wafflez ^___^* dan ditaburi gula. Di kawasan kawasan pelancongan di Belgium, para penjual waffle juga meletakkan krim putar, buah buahan atau coklat di permukaan atas waffle yg mana ini dianggap sebagai satu amalan yang  'tidak autentik' atau ‘tidak sejati’ oleh beberapa warga tempatan. 

* The Liège waffle

Liège waffle, yg ni kite macam jarang dengar sikit kot.. ie berasal dari kota Liege, Belgium Timur, adalah lebih padat, manis dan sedikit chewy. Waffle jenis ini, yg sedikit kurang glemer berbanding Belgium waffle, telah dijumpai oleh seorang chef dari Liège di abad ke-18 sebagai adaptasi dari adunan roti brioche. Ia mempunyai potongan gula mutiara, yang ‘dicaramelizekan’ ^__^ di permukaan luar waffle ketika ia dibakar. Kemudian sebelum dihidang, vanila dan kayu manis akan disusun di permukaan waffle yg siap dibakar itu.

Tu je sharing saye buat mase ni... sharing is caring kan... saje menambah ilmu.. sambil2 makan waffle tu nanti kite taulah kan yg makanan yg kite tgh makan tu dah wujud sejak abad ke-14 lagi tehehehe

Oklah nnt kalo saye ade mase lagi saye wiki wiki lagi info pasal sejarah waffle ni k ^___^


Comments