10 tips kalau saye nak jadi bisneslady yg cemerlang ^___^

Salam sayang frens sume... 

ape yg Ananaifa nak bebel arini? saya memang suke menulis jadi rase macam nak buat jugak 1 entry arini walaupun xde kaitan dgn waffle... kali ni saya nak share tips macam mana nak jadi seorang usahawan yang berjaya. tak kirelah ape bidang yg frens sume ceburi.. online ke offline ke... jual tudung ke jual aksesori jahitan ke jual t exclusively designed t shirt ke... tips ni insyaAllah boleh digunepakai secara amnya.. 

semoga menjadi panduan dan galakan untuk diri saye sendiri dan kite sume amiinn ^__^

dicedok dan diberi sedikit olahan dari Mingguan Wanita Mac 2013

1. Kepercayaan Kepada Diri Sendiri
    Ini merupekan ciri yg paling penting yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan, tak kira lelaki mahupun wanita. Kalau takde kepercayaan pada diri sendiri, macam mane seseorang tu nak berdepan dengan orang ramai? Kepercayaan kepada diri sendiri adalah kunci utama dalam usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya. Igt tak kisah katak pekak yg berjaye sampai ke puncak pokok, manakala katak yg tak pekak pula jatuh semula setelah memanjat beberapa langkah. Sebab apa katak pekak tu berjaya sampai? Sebab dia pekak dan tak dengar katak katak lain jerit 'kau takkan boleh naik ke puncak pokok!' So, pekakkan telinga anda dalam usaha mempertingkat keyakinan diri ^__^

2. Bercita-cita tinggi
    Menurut kata ramai pakar motivasi contohnye seperti Dr Fadilah Kamsah dan Tuan Hj Hushim, bercita-cita tinggi adalah salah satu faktor untuk berjaya. Lagi lagi pulak untuk seorang usahawan wanita, perlu ade rase untuk bercita-cita tinggi seperti lelaki. Perkare tu adelah tidak salah dan anda akan dilihat sangat berani kerana meletakkan cita cita yang tinggi itu. Tapi haruslah berusaha untuk mencapainye. Kalo tak nanti orang kate kite ni yo yo oo je ^__^

3. Tampak berkeyakinan
    Usahawan wanita perlu menjaga keterampilan diri dan tunjukkan imej yakin anda. Dalam pada kita membina empayar perniagaan kita, tahap keyakinan diri sendiri adalah yang amat penting untuk memenangi dan menambat hati klien dan pelanggan. Secara tak langsung, reputasi  bisnes anda dapat dipupuk dan pelanggan tidak ragu ragu untuk berurusan dengan anda. Over confident sesekali pun takde salahnye ^__^



4. Keghairahan Terhadap Produk
    Kalau anda perasan, usahawan wanita yang berjaya mempunyai minat atau keghairahan yang tinggi terhadap produk mereka khususnya dan bidang yg mereka ceburi amnya. Dengan itu mereka akan lebih cenderung untuk menjadikan bisnes itu nampak menarik dek kerana keghairahan mereka itu. Oleh sebab itu, kenalpasti apa minat anda. Letakkan kepercayaan dan keyakinan anda di dalamnya dan jadikan ia sesuatu yang betul betul membuatkan anda rasa bangga apabila bercerita tentangnya. Cuba kite tengok Kakton bile bercerite tentang produk dia, excited tak dia? ^___^

5. Rendah Diri dan Kesediaan untuk Belajar
    Usahawan wanita yg berjaya tidak pernah duduk diam. 95% daripade usahawan wanita adelah sangat proaktif. mereka tidak duduk berlengah dan rasa puas hati apabila mengusahakan bisnes sendiri. Oleh yg demikian, apa pun industri yang anda ceburi, anda perlu berinovasi agar dapat berdaya saing dengan usahawan-usahawan lain, lebih lebih lagi usahawan lelaki. Luangkan masa untuk menghadiri kursus, membuat kajian sendiri atau belajar dari orang lain terutama orang yg inspired anda secara personal coach.



6. Hala Tuju Anda
    Untuk menjadi usahawan wanita yg berjaya, anda perlu yakin bahawa anda ditakdirkan untuk menajdi seorang yang berjaya dan berguna kepade agama, bangsa dan negara. Tetapkan hala tuju anda dengan jelas. Visi (cita cita) dan misi (bagaimana untuk anda mencapai cita cita tersebut) hendaklah ditulis dengan jelas. Fokus pada visi dan misi tersebut, dan laksanakannya. Ramai usahawan terlepas pandang kepentingan visi dan misi yg tertulis dengan jelas. Ramai yg ingat itu sekadar nak lengkapkan application ISO sahaja dan adelah silap besar jika anda berfikir sebegitu ^___^

7. Ketegasan
    Menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya memerlukan anda bersikap tegas, melainkan jika anda tidak kisah jika pekerja anda khususnya dan pelanggan anda amnya tidak menghormati anda. Tetapi ianya bukan bermaksud anda  tidak boleh bersikap lemah lembut dan bertoleransi. Cuma dalam kelembutan itu, jalan sekali-sekali tonjolkan kelemahan anda atau terlalu mengikut emosi.

8. Kerja Keras
    Ini merupekan satu ciri yang tidak boleh tidak anda mesti ada. Walaupun anda mempunyai kecerdasan minda dan kecergasan fizikal yang luar biasa, mempunyai banyak jaringan perniagaan, mahupun mempunyai banyak peluang keemasan, tetapi akhirnya kerja keraslah yang akan membuatkan anda mampu mengecapi kejayaan cemerlang yg anda impi impikan. Gambatte neh!! ^___^

9. Keberanian.
    Tak kira sama ada anda lelaki atau wanita, untuk menguruskan perniagaan atau bisnes, anda perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dengan hati yg teguh. Anda perlu paksa diri anda untuk keluar dari comfort-zone anda. Ini bermakna bahawa anda perlu ada keinginan untuk mengambil risiko dan bersedia menerima sesuatu kesilapan yg bakal berlaku. Yg penting, anda belajar dari kesilapan tersebut. Jika Thomas Edison tak berani buat silap hingga 1000kali, mungkin dia tidak akan dikenang sebagai pencipta mentol ^___^

10. Kegigihan
      Memulakan sesuatu perniagaan adalah sesuatu perkara yang cukup sukar, mengekalkannye apetah lagi. Maka, untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya, anda perlu gigih dan tidak boleh dengan semudah itu berputus asa. Tentunya ada hari hari yang anda berasa begitu hampa dan rasa nak give-up. Justeru apabila datang rasa kecewa itu, ingatlah kenapa pada awalnya anda bercadang untuk memulakan perniagaan. Sebab kenapa anda mahu memulakan perniagaan itu akan mendorong kegigihan anda kembali. Percayalah!! ^__^




Comments